Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.
Dalam forum ini,saya amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang sudi memberi pandangan.
Persoalannya,apakah peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?
Pada pendapat saya... rakan sebaya mestilah menunjukkan imej kendiri yang positif kepada rakan sebaya yang lain supaya dapat dicontohi. hal ini kerana, perkembangan sosioemosi kanak-kanak dipengaruhi oleh dua cara iaitu, pengaruh melalui baka dan persekitaran. oleh yang demikian, rakan sebaya mestilah menunjukkan imej kendiri dan personaliti yang positif kepada rakan sebaya yang lain.
ReplyDeletesekian saja, andai ada yang tidak tepat mohon maaf.
Saya menghargai pendapat saudara.Terima kasih.
Deletesama-sama...
DeleteSalam sehati sejiwa saudari. Izinkan saya menyatakan pendapat diruang bicara ini. Rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, samaada pengaruh positif ataupun negatif. Biasanya, pengaruh rakan sebaya lebih cenderung kepada kelakuan negatif. Pengaruh negatif seperti vandelisme, merokok, melepak, mencuri dan seumpamanya. Rakan sebaya sangat berpengaruh dalam perkembangan sosial dan emosi kanak. Mereka sentiasa berfikir boleh melakukan apa sahaja tanpa bantuan keluarga. Maka pelbagai masalah akan timbul.
ReplyDeleteOleh itu, untuk mengelakkan hal ini berlaku, ibubapa perlu mendedahkan pendidikan awal agama terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya didikan agama yang baik, rakan sebaya secara tidak langsung boleh membawa rakan yang lain untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Hal ini demikian kerana,pentingnya didikan ilmu agama ini didedahkan lebih awal. Rakan sebaya sepatutnya boleh mendorong rakan yang lain untuk terus berusaha supaya gejala yang tidak baik diabaikan. Tingkah laku yang baik akan membentuk sasiah kana-kanak jika didedahkan sejak mereka kecil.
Terima kasih.
Salam sehati sejiwa saudari.
DeleteTerima kasih atas kesudian saudari berkongsi pendapat di forum ini. Rakan sebaya sememangnya memberi pengaruh yang amat kuat kepada sosioemosi kanak-kanak. Terima kasih sekali lagi kepada saudari.
Salam kasih adik Mira.
ReplyDeleteSeperti yang kita sedia maklum, rakan sebaya berperanan dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Segala tingkah laku positif dan negatif akan dikongsi bersama. Peranan rakan sebaya seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Namun begitu,pada kebiasaannya kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui proses interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.
Sekian.
Salam kasih kakak Raita,
DeleteTerima kasih kerana kakak sudi berkongsi pandangan dalam forum kali ini. Pengaruh rakan sebaya tidak hanya tertumpu pada perkembangan fizikal sahaja malah perkembangan sosioemosi turut dipengaruhi seperti cara kanak-kanak berhubungan dengan seseorang dari segi ucapan dan perlakuan.
Terima kasih sekali lagi kepada kakak Raita kerana sudi memberi pandangan dan pendapat dalam forum ini.
salam sejahtera. saya tertarik untuk memberikan sedikit pandangan berkaitan dengan kebaikan dan keburukan rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan salah satu aspek utama yang membentuk keperibadian awal kanak-kanak.Kerana melalui rakan tersebut,hubungan sosial dapat diwujudkan.Malahan terdapat teori yang sangat berkait rapat mengenai hal ini iaitu teori perkembangan psikososial Erikson yang di bawa oleh Erik Erikson.Dalam teori ini membicangkan mengenai perkembangan teori manusia yang mengandungi 8 peringkat dimana setiap peringkat tersebut mempunyai kecenderungan/keinginan yang berkonflik.Pada peringkat umur 1tahun,kanak-kanak akan mencuba untuk membina kepercayaan terhadap persekitaran dan orang lain.Hal ini semakin membawa suatu keinginan yang mendalam kepada melaksanakan sesuatu dengan sendiri.Oleh itu,rakan sebaya akan membawa 1proses pembentukan emosi kanak-kanak.sebagai contoh,keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu disamping sokongan rakan-rakan akan mendorong emosi kanak-kanak itu seterusnya bertindak mengikut apa yang dirasakan betul.
ReplyDeleteSalam sejahtera. Terima kasih kerana saudari sudi berkongsi pendangan dalam forum ini. Saya amat menghargainya.
Deletesalam sejahtera.sewaktu dibangku sekolah rendah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai 'pengaruh rakan sebaya'. kata cikgu , inilah penyebab seorang pelajar itu berjaya atau tidak. mungkin kita sering tertanya-tanya kenapa seorang guru mengatakan sedemekian. hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang. begitu juga dengan seorang kanak-kanak. disini kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu.rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umr, pendidikan atau kelas sosial dan minat. kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku,personaliti , kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili,2010) .contohnya,kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap lebih baik dan seterusnya mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan yang diambilnya. Di sini, jelas sekali rakan sebaya memainkan peranan penting dalam sosio emosi kanak-kanak.
ReplyDeleteSalam sejahtera. Terima kasih atas kesudian saudari memberikan pandangan dalam forum ini. Rakan sebaya sememangnya antara ahli yang paling rapat dengan kanak-kanak kerana waktu bersama rakan sebaya adalah 10/24% dari kehidupan seharian kanak-kanak. Terima kasih sekali lagi kepada saudari.
Delete