AYAH,bapa,abi ataupun walid adalah satu panggilan kepada seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang (anak) .
Pada pendapat anda,apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?
Salam sejahtera cik Miranabilla, ingin saya mengongsikan pendapat berkaitan dengan hubungan perapatan dengan bapa. Secara umumnya bapa merupakan ketua keluarga. Walaupun begitu, ramai remaja atau kanak-kanak kurang hubungan perapatan dengan bapa. Biasanya, kanak-kanak yang tidak rapat dengan bapa ialah golongan yang berada atau kaya. Mereka terpaksa menggunakan orang tengah ketika hendak berjumpa dengan bapa. Masa di rumah yang terhad juga salah satu punca hilangnya hubungan perapatan dengan bapa. Bapa yang bekerja lebih masa selalunya tiada masa untuk bersama anak-anak. Kesan daripada ketiadaan hubungan perapatan dengan bapa ialah kanak-kanak akan melakukan apa yang mereka suka. Maka timbullah pelbagai gejala yang tidak baik. Kemungkinan mereka juga tidak menjaga adap mereka terhadap orang lain. Mereka juga suka membuang masa untuk melepak dengan rakan yang lain.
ReplyDeleteSekian
Salam sejahtera,
Deleteterima kasih atas kesudian saudara berkongsi pendapat di blog Dunia Mirra ini. Saya amat menghargainya.
Bertemu lagi dalam ruangan bicara ini adik Mira.
ReplyDeletePada pendapat saya masalah yang mungkin berlaku jika tiada hubungan perapatan dengan bapa ialah dari sudut positif, kanak-kanak remaja boleh berdikari untuk mencapai kemahuan mereka, contohnya bekerja sementara untuk mendapatkn wang saku. Manakala, sudut negatif pula akan membuatkan kanak-kanak dan remaja mengalami stres. Mereka tidak berani untuk meminta wang kepada bapa kerana takut dimarahi atau dipukul. Mereka terpaksa mengadu kepada ibu. Selain itu, kanak-kanak remaja juga akan bersosial dengan bebas. Bapa tidak memantau aktiviti anak kerana terlalu sibuk. Keadaan ini mendorong anak remaja melakukan perkara yang buruk seperti merokok, vandelisme, tidak sopan, mencuri dan sebagainya.
Oleh itu saya mengongsikan beberapa tips untuk mengelakkan perkara buruk yang telah saya nyatakan itu tadi,luangkan masa untuk anak. Walaupun bapa atau ayah bekerja lebih masa, bapa perlu mencari waktu untuk bersama-sama dengan anak-anak. Seterusnya memberi pujian dan teguran kepada anak-anak. Memberi motivasi supaya menjauhkan perkara negatif. Memberi penghargaan atau hadiah. Kanak-kanak akan merasa dihargai apabila diberikan penghargaan terutama daripada bapa.
Oleh itu, bapa sebagai ketua keluarga haruslah tahu membagi masa terhadap kerja dan keluarga. Pelbagai masalah yang akan berlaku jika tiada hubungan perapatan dengan bapa.
Sekian.
Terima kasih banyak-banyak atas kesudian kakak berkongsi pendapat. Tips yang kakak berikan akan saya gunakan sebaik mungkin. Terima kasih sekali lagi kepada kakak Raita.
DeleteSaya amat berminat dengan topik yang kamu bincangkan pada kali ini, iaitu mengenai hubungan perapatan anak dan ayah serta masalah-masalah yang mungkin akan timbul akibat jurangnya hubungan antara anak dan ayah sejak akhir-akhir ini. Dalam sesebuah keluarga, ayah merupakan seorang ketua dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah bagi menanggung segala keperluan rumah tangga mereka. Namun, terdapat segelintir ayah yang terlalu sibuk mencari rezeki sehingga jarang sekali meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka. Justeru, hal ini akan memberi kesan terhadap hubungan perapatan antara anak dan ayah di dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebagai seorang ayah, seharusnya mereka pandai dalam mencari masa seharian mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga iaitu terutamanya terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. Hal ini kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dilihat jika anak-anak kecil mempunyai hubungan yang rapat terutama terhadap ayah mereka. Dalam sebuah kajian yang dilakukan University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dijelaskan bahawa anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Malahan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa kelak. Maka, di sini kita dapat lihat hubungan mesra antara anak dan ayah amatlah penting untuk membentuk personaliti, kendiri dan emosi kanak-kanak ini. Kita juga dapat menyatakan mungkin terdapat segelintir kanak-kanak di luar sana yang bermasalah akibat renggangnya hubungan perapatan antara mereka dengan ayah mereka di rumah.
ReplyDeleteSalam sejahtera saudari,
Deletesaya sentiasa mengalu-alukan anda dan sesiapa sahaja yang ingin memberikan pandangan mahupun pendapat. Terima kasih kerana anda sudi berkongsi pandangan ini. Menurut saudari, sekiranyalah kanak-kanak di Malaysia ini tidak mempunyai masalah hubungan perapatan dengan bapa, maka ramailah kanak-kanak yang tinggi IQ nya.Masalah seperti masalah remaja sekarang ini mungkin akan berkurangan. Terima kasih sekali lagi.
salam sejahtera. Pada pandangan saya,kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa adalah kanak-kanak akan selalunya akan terlibat dengan masalah-masalah ataupun gejala sosial.contohnya,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana. Di samping itu juga, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam pelajaran .Di mana kanak-kanak akan ponteng sekolah dan seterusnya menyebabkan mereka tercicir dengan pelajaran. Di sini peranan bapa penting untuk mengenali anak mereka seperti siapa rakan-rakan anak mereka dan perlulah mengambil tahu setiap aktiviti anak-anak mereka. Seorang bapa sepatutnya tidak menjadikan alasan kesibukan berkerja dan seterusnya menghadkan masa untuk bersama-sama dengan anak mereka.Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Jadi di sini jelaslah bahawa peranan bapa penting dalam membimbing anak-anak mereka ke arah yang benar sama ada di dunia mahupun akhirat.
ReplyDeleteSalam sejahtera. Terima kasih atas kesudian anda berkongsi pandangan. Saya amat menghargainya. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ayah turut memainkan peranan penting kerana ayah merupakan tunggak sebuah institusi kekeluargaan. Terima kasih sekali lagi kepada saudari Florita.
Delete