Tidak dinafikan bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana Emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Hal ini kerana, Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Jadi sekiranya pekerja hanya mempunyai Emosi dan sosial yang baik, kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak dapat dilakukan dengan baik kerana hanya mempunyai Emosi dan Sosial yang baik. sebagai contoh: seorang pekerja yang mempunyai jawatan yang sama dengan rakan sekerjanya mempunyai emosi dan sosial yang baik. Beliau dapat bergaul dengan rakan kerja yang lain dan dapat mengawal emosi ketika menghadapai sebarang masalah. Namun beliau tidak dapat memikirkan bagaimana supaya beliau boleh mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dari rakan sekerjanya. Beliau juga tidak mampu menganalisis dan memahami keadaan sesuatu di tempat kerja menyebabkan beliau hanya mampu menjawat jawatan yang setara dengan rakan sekerjanya. Hal demikian keran beliau hanya menjaga kecerdasan Emosi dan Sosial sahaja. Beliau tidak menjaga kecerdasan Intelek beliau menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat jawatan yang lebh tinggi dari rakan kerjanya kerana kurang mahir dalam berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu. Oleh itu, Kecerdasan Intelek juga sama pentingnya dengan Kecerdasan Emosi dan Sosial.
Salam sejahtera cik Miranabilla. Bercakap tentang dunia pekerjaan, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan itu. Dalam dunia pekerjaan kesemua kecerdasan adalah penting, semua jenis pekerjaan memerlukan kecerdasan emosi, sosial dan intelek. Emosi perlu dijaga untuk mengelakkan hubungan negatif dengan pekerja yang lain. Kecerdasan sosial juga harus dijaga, terutama ketika berhadapan dengan pelanggan. Intelek dalam pekerjaan, sangat penting. Biasanya syarat utama yang diperlukan ketika temuduga kerja, kecerdasan intelek atau pengetahuan amatlah penting. Tetapi dalam dunia pekerjaan swasta, majikan kurang memandang kecerdasan intelek, mereka lebih kepada kecerdasan emosi dan sosial. Kerana mereka mahu pekerja boleh bekerja lebih masa mengikut kemahuan majikan. Sekian.
Salam kasih saudari Mira, saya ingin memberi pendapat berkaitan dengan pernyataan anda bahawa kecerdasan emosi,sosial adalah lebih penting berbanding dengan kecerdasan intelek. Saya kurang bersetuju atas pernyataan itu kerana, dalam dunia pekerjaan tiga kecerdasan itu penting, keseimbangan kecerdasan akan membentuk pekerja yang baik dapat memperbaiki kualiti kerja mereka.
Skop definisi kecerdasan yang merangkumi aspek-aspek kebijaksanaan dalam bidang akademik dan kebolehan berfikir serta bertindak bersesuaian dengan persekitaran telah mendorong para pengkaji untuk melihat kecerdasan dalam konteks yang lebih luas. Gardner (1983) telah memperkenalkan teori Kecerdasan Pelbagai yang juga dikenali sebagai teori Kecerdasan Sosial telah mencetuskan kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan interpersonal yang menjurus kepada kecerdasan emosi seseorang individu.
Bercakap tentang kecerdasan tersebut, tidak dinafikan bahawa kecerdasan yang dinyatakan saling berkait antara satu dengan yang lain. Pelbagai perasaan atau emosi akan timbul ketika kita bekerja, kerana itulah kita mesti bijak menguruskan emosi kita ketika berada ditempat kerja. Apabila emosi tejaga, maka kecerdasan sosial juga turut dipengaruhi. Aktiviti sosial ketika bekerja akan kelihatan profesional jika kita sentiasa berfikiran positif,senyum, berinteraksi dengan majikan,rakan kerja dan pelanggan dengan sopan serta saling membantu. Kecerdasan intelek (IQ - intelligence quotient) iaitu keupayaan berfikir dalam menyelesaikan masalah (Brody dan Brody, 1976; Hunter dan Hunter, 1984) ) dan dua lagi kecerdasan iaitu kecerdasan emosi (EQ - emotional quotient) yang merujuk kepada keupayaan mengetahui dan memahami diri sendiri dan orang lain (Goleman, 2001), serta kecerdasan spiritual (SQ - spiritual quotient) yang merujuk kepada kecerdasan meletakkan diri seseorang itu dalam konteks pengertian hidup yang lebih luas (Zohar dan Marshall, 2000) telah diperkatakan sebagai elemen yang lebih penting untuk menjadikan seseorang itu ada kecerdasan intelek. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kecerdasan emosi dapat mengawal kegiatan sosial pekerja seterusnya dapat mendorong pemikiran mereka kearah yang positif lalu dapat menyelesaikan masalah kerja mereka atau meluaskan lagi ilmu sesuai dengan pekerjaan mereka.
Salam kasih saudari Raita, saya amat menghargai atas pendapat saudari.Memang kecerdasan emosi dan sosial saling berkait rapat. Terima kasih atas pendapat saudari.
hai, saya berminat ingin memberikan pandangan berkaitan tajuk ini. pada pandangan saya, kecerdasan emosi dan sosial amat penting dalam dunia pekerjaan sekarang lebih-lebih lagi yang memerlukan komunikasi dengan banyak orang. ini dapat dibuktikan bahawa tidak semua individu yang mempunyai IQ yang tinggi dapat bahagia dan mengapai kejayaan dalam hidup. sebagai contoh, akibat kerana tingginya IQ seseorang boleh mendatangkan keburukan dan kemusnahan bagi manusia dan harta benda seperti bekerja mencipta bom nuklear, penggunaan alat canggih bagi tujuan tidak baik dan mengaut keuntungan. dengan itu, bagi saya dalam dunia pekerjaan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting. sebagai contoh seorang anggota polis memerlukan sikap yang berintegrasi dan jujur dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat khususnya. cabaran dalam dunia pekerjaan sekarang bukan sahaja memerlukan IQ yang tinggi tetapi juga memerlukan kecerdasan yang tinggi dalam emosi dan sosial namun EQ kurang ditekankan semasa dalam iklan atau syarat untuk mencari kerja seperti; * memerlukan orang yang sabar, jujur, amanah dan berintegriti
Hai, Terima kasih atas pandangan saudari yang amat bernas. saya juga bersetuju bahawa kebanyakan mereka yang mempunyai kelebihan lain daripada manusia lain akan berkecenderungan ke arah ketamakan diri. Terima kasih atas pendapat saudari sekali lagi.
Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.
Salam sejahtera juga saudari Florita, saya turut bersetuju apa yang saudari nyatakan iaitu ada segelintir individu yang mempunyai tahap IQ yang tinggi menyalahgunakan kelebihan yang ada lalu pelbagai masalah yang timbul. Terima kasih atas pandangan saudari.
Tidak dinafikan bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana Emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Hal ini kerana, Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Jadi sekiranya pekerja hanya mempunyai Emosi dan sosial yang baik, kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak dapat dilakukan dengan baik kerana hanya mempunyai Emosi dan Sosial yang baik. sebagai contoh: seorang pekerja yang mempunyai jawatan yang sama dengan rakan sekerjanya mempunyai emosi dan sosial yang baik. Beliau dapat bergaul dengan rakan kerja yang lain dan dapat mengawal emosi ketika menghadapai sebarang masalah. Namun beliau tidak dapat memikirkan bagaimana supaya beliau boleh mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dari rakan sekerjanya. Beliau juga tidak mampu menganalisis dan memahami keadaan sesuatu di tempat kerja menyebabkan beliau hanya mampu menjawat jawatan yang setara dengan rakan sekerjanya. Hal demikian keran beliau hanya menjaga kecerdasan Emosi dan Sosial sahaja. Beliau tidak menjaga kecerdasan Intelek beliau menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat jawatan yang lebh tinggi dari rakan kerjanya kerana kurang mahir dalam berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu. Oleh itu, Kecerdasan Intelek juga sama pentingnya dengan Kecerdasan Emosi dan Sosial.
ReplyDeleteTerima kasih atas pendapat saudara yang sangat bernas.
DeleteSalam sejahtera cik Miranabilla.
ReplyDeleteBercakap tentang dunia pekerjaan, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan itu. Dalam dunia pekerjaan kesemua kecerdasan adalah penting, semua jenis pekerjaan memerlukan kecerdasan emosi, sosial dan intelek. Emosi perlu dijaga untuk mengelakkan hubungan negatif dengan pekerja yang lain. Kecerdasan sosial juga harus dijaga, terutama ketika berhadapan dengan pelanggan. Intelek dalam pekerjaan, sangat penting. Biasanya syarat utama yang diperlukan ketika temuduga kerja, kecerdasan intelek atau pengetahuan amatlah penting. Tetapi dalam dunia pekerjaan swasta, majikan kurang memandang kecerdasan intelek, mereka lebih kepada kecerdasan emosi dan sosial. Kerana mereka mahu pekerja boleh bekerja lebih masa mengikut kemahuan majikan.
Sekian.
Salam kasih saudari Mira, saya ingin memberi pendapat berkaitan dengan pernyataan anda bahawa kecerdasan emosi,sosial adalah lebih penting berbanding dengan kecerdasan intelek.
ReplyDeleteSaya kurang bersetuju atas pernyataan itu kerana, dalam dunia pekerjaan tiga kecerdasan itu penting, keseimbangan kecerdasan akan membentuk pekerja yang baik dapat memperbaiki kualiti kerja mereka.
Skop definisi kecerdasan yang merangkumi aspek-aspek kebijaksanaan
dalam bidang akademik dan kebolehan berfikir serta bertindak bersesuaian dengan persekitaran telah mendorong para pengkaji untuk melihat kecerdasan dalam konteks yang lebih luas. Gardner (1983) telah memperkenalkan teori Kecerdasan Pelbagai yang juga dikenali sebagai teori Kecerdasan Sosial telah mencetuskan kecerdasan
intrapersonal dan kecerdasan interpersonal yang menjurus kepada kecerdasan emosi seseorang individu.
Bercakap tentang kecerdasan tersebut, tidak dinafikan bahawa kecerdasan yang dinyatakan saling berkait antara satu dengan yang lain. Pelbagai perasaan atau emosi akan timbul ketika kita bekerja, kerana itulah kita mesti bijak menguruskan emosi kita ketika berada ditempat kerja. Apabila emosi tejaga, maka kecerdasan sosial juga turut dipengaruhi. Aktiviti sosial ketika bekerja akan kelihatan profesional jika kita sentiasa berfikiran positif,senyum, berinteraksi dengan majikan,rakan kerja dan pelanggan dengan sopan serta saling membantu. Kecerdasan intelek (IQ - intelligence quotient) iaitu keupayaan berfikir dalam menyelesaikan masalah (Brody dan Brody, 1976; Hunter dan Hunter, 1984) ) dan dua lagi kecerdasan iaitu kecerdasan emosi (EQ - emotional quotient) yang merujuk kepada keupayaan mengetahui dan memahami diri sendiri dan orang lain (Goleman, 2001), serta kecerdasan spiritual (SQ - spiritual quotient) yang merujuk kepada kecerdasan meletakkan diri
seseorang itu dalam konteks pengertian hidup yang lebih luas (Zohar dan Marshall, 2000) telah diperkatakan sebagai elemen yang lebih penting untuk menjadikan seseorang itu ada kecerdasan intelek. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kecerdasan emosi dapat mengawal kegiatan sosial pekerja seterusnya dapat mendorong pemikiran mereka kearah yang positif lalu dapat menyelesaikan masalah kerja mereka atau meluaskan lagi ilmu sesuai dengan pekerjaan mereka.
sekian.
Salam kasih saudari Raita,
Deletesaya amat menghargai atas pendapat saudari.Memang kecerdasan emosi dan sosial saling berkait rapat. Terima kasih atas pendapat saudari.
hai, saya berminat ingin memberikan pandangan berkaitan tajuk ini. pada pandangan saya, kecerdasan emosi dan sosial amat penting dalam dunia pekerjaan sekarang lebih-lebih lagi yang memerlukan komunikasi dengan banyak orang. ini dapat dibuktikan bahawa tidak semua individu yang mempunyai IQ yang tinggi dapat bahagia dan mengapai kejayaan dalam hidup. sebagai contoh, akibat kerana tingginya IQ seseorang boleh mendatangkan keburukan dan kemusnahan bagi manusia dan harta benda seperti bekerja mencipta bom nuklear, penggunaan alat canggih bagi tujuan tidak baik dan mengaut keuntungan. dengan itu, bagi saya dalam dunia pekerjaan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting. sebagai contoh seorang anggota polis memerlukan sikap yang berintegrasi dan jujur dalam melaksanakan tugas dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat khususnya. cabaran dalam dunia pekerjaan sekarang bukan sahaja memerlukan IQ yang tinggi tetapi juga memerlukan kecerdasan yang tinggi dalam emosi dan sosial namun EQ kurang ditekankan semasa dalam iklan atau syarat untuk mencari kerja seperti;
ReplyDelete* memerlukan orang yang sabar, jujur, amanah dan berintegriti
Hai,
DeleteTerima kasih atas pandangan saudari yang amat bernas. saya juga bersetuju bahawa kebanyakan mereka yang mempunyai kelebihan lain daripada manusia lain akan berkecenderungan ke arah ketamakan diri. Terima kasih atas pendapat saudari sekali lagi.
Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.
ReplyDeleteSalam sejahtera juga saudari Florita,
Deletesaya turut bersetuju apa yang saudari nyatakan iaitu ada segelintir individu yang mempunyai tahap IQ yang tinggi menyalahgunakan kelebihan yang ada lalu pelbagai masalah yang timbul. Terima kasih atas pandangan saudari.