Menurut World Healh Organization (WHO), kesihatan adalah kesihatan yang senpurna,sihat dari segi fizikal,jasmani,emosi,rohani dan sosial.
Pada pendapat anda,bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?Bincangkan.
Pada pendapat anda,bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?Bincangkan.
Thanks for the information...
ReplyDeleteyou are welcome 😃
DeleteAssalamualikum Mira...
ReplyDeletebagi pendapat saya, keadaan kesihatan mental kanak-kanak adalah berbeza mengikut keadaan persekitaran. Jadi, jika keadaan persekitaran dalam keadaan yang baik maka kesihatan mental kanak-kanak juga akan terpengaruh. dalam masa yang sama, faktor baka juga mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Seperti yang kita tahu bahawa perkembangan kanak-kanak dari segi mental dipengaruhi baka dan persekitaran. Oleh itu, sesetengah kanak-kanak mempunyai stress yang tinggi kerana keadaan persekitaran dan baka.
Walaikumsalam Jurain. Terima kasih sekali lagi kerana meninggalkan komen dan pendapat saudara. Saya amat menghargainya.
DeleteSalam sejahtera dan salam sehati sejiwa adik Mira, izinkan saya menyatakan pendapat saya dalam ruangan ini. Seperti yang kita tahu, bukan orang dewasa sahaja yang menghadapi stres. Orang dewasa selalunya stres apabila masalah kerja, duit tidak cukup, kemahuan terlalu tinggi tetapi tidak dapat dicapai, stres dengan pasangan, cemburu harta orang lain dan banyak lagi. Kanak-kanak pula akan stres apabila mereka tidak mendapat kasih sayang yang cukup, perlingungan yang tidak baik, keluarga yang berpecah belah serta kemahuan tidak dipertimbangan oleh ibubapa.
ReplyDeleteKanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia pada pendapat saya juga mengalami stres. Antara faktor yang membuat mereka stres ialah, obesiti. Berat badan yang berlebihan akan menganggu emosi dan pergerakan sosial kanak-kanak. Kerana mereka juga ingin bermain dengan rakan yang lain. Dalam hal ini, kanak-kanak tersebut akan menangis dan mengamuk dengan kerap sekali. Seterusnya, mereka akan stres ketika hidup berjauhan dengan ibubapa. Hubungan rapat akan menganggu emosi mereka. Apabila emosi terganggu, mereka akan kencing pada waktu malam dengan kerap sekali. Bukan itu sahaja, mereka juga akan menangis tanpa henti apabila tidak mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Kanak-kanak sekolah rendah pula akan mengalami stres apabila mereka diberikan harapan tinggi dalam pencapaian akademik. Mereka terpaksa belajar lebih masa dan kurangkan masa bermain.Kesannya, mereka akan murung, tidak ada selera makan dan menangis.
Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan supaya emosi kanak-kanak dijaga, dan memberikan mereka peluang untuk bermain dengan rakan-rakan. Yang paling penting, ibubapa perlu mengawal pemakanan anak-anak untuk mengelakkan obesiti, galakkan mereka bermain dan bersenam ringan sesuai dengan umur mereka.
Mengikut kajian TAN SRI LEE LAM THYE (Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental)
"Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat ditangani adalah serius dan perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti kemurungan atau depression dan cubaan bunuh diri dapat dielakkan."
"Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996."(Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz3teZHlIy9
© Utusan Melayu (M) Bhd)
Sekian.
Salam sejahtera kakak Raita,
Deletewahh,pendapat yang sangat bernas kak. Saya juga bersetuju bahawa ibu bapa yang seharusnya memainkan peranan agar emosi kanak-kanak terjaga.Terima kasih atas pendapat dan sumber rujukan yang diberi.
salam sejahtera saya ucapkan terlebih dahulu kepada pemilik blog ini. berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh penulis, saya sangat terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan saya tentang keadaan kesihatan mental kanak-kanak di Pra sekolah dan sekolah rendah. keshitan mental boleh diertikan ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberi tindak balas terhadap sesuatu dan bertingkah laku mengikut norma masyarakat. terdapat banyak isu yang berlaku berkaitan dengan kanak-kanak semasa disekolah sebagai contoh masala buli. mangsa yang dibuli akan memberikan kesan yang sememangnya tidak baik bagi kesihatan mental kanak-kanak. mereka akan sentiasa rasa tertekan dan takut menyebabkan perkembangan dari segi emosi akan terganggu. oleh itu, ubu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa kerap memerhatikan anak-anak mereka. selain itu, bagi mengelakkan stress dalam kalangan kanak-kanak mereka patut diberikan perhatian yang lebih ketika mereka dalam proses pembelajaran.
ReplyDeleteSalam sejahtera juga kepada saudari.
DeleteTerima kasih atas pendapat saudari, saya amat menghargainya.
terima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. baiklah itu sahaja pendapat daripada saya. sekian
ReplyDeleteTerima kasih kerana saudari sudi berkongsi pendapat dengan saya di blog Dunia Mirra ini. Amatlah dirisaukan pada zaman ini kerana kanak-kanak juga turut mengalami stress seperti yang saudari nyatakan. Sekali lagi, terima kasih atas pendapat saudari Florita Musalim.
Delete